Rawatan Islam Kaedah Ruqyah Syariah

Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi berusaha membangunkan ummah melalui rawatan dengan kaedah ruqyah syariah iaitu pembacaan hanya ayat-ayat Al-Quran, doa-doa masyhur daripada Rasulullah saw dan ulamak-ulamak perubatan Islam. Kami merawat pesakit-pesakit yang menghadapi masalah jasmani dan rohani, termasuk sakit medikal, gangguan jin, syaitan, sihir, santau dan saka. Untuk lebih lagi membantu pesakit-pesakit, kami turut mengadakan Kursus Rawatan Islam bagi mereka yang ingin merawat diri sendiri dan keluarga dengan amalan ruqyah syariah.
Walaupun Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi terletak di Kajang, kami turut memberikan perkhidmatan rawatan Islam di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam, Serdang, Puchong, Cheras, Bangi, Semenyih dan Seremban. Sekiranya ada keperluan pesakit dan keizinan Allah, kami merawat di mana-mana sahaja di atas bumi Allah ini.
Untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan islam atau pengubatan islam daripada Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi, sila Hubungi Kami (sila tekan sini). Seandainya pesakit tidak mampu untuk bertemu kami, bolehlah berikhtiar dengan mendengar bacaan Ruqyah Online Isnad Tadawi (sila tekan sini).
Untuk lebih memahami tentang Rawatan Islam, sila rujuk Soal Jawab Rawatan Islam (sila tekan sini).
Menyedari bahawa cara berubat yang terbaik adalah dengan amalan diri sendiri, maka kami menyediakan kelas secara online dan sistematik. Allah menguji kita untuk menjemput kita dekat kepadaNya. Apabila kita menghadapi masalah dalam kehidupan, sebenarnya Allah ingin meningkatkan darjat kita di sisiNya. Maka untuk mencapai objektif Allah menguji kita, kita perlu meningkatkan ilmu serta amalan kita.
Sebelum berubat dengan mana-mana perawat, sebaiknya kenalilah dahulu latarbelakang perawat. Maka jika ingin berubat di Isnad Tadawi, sila rujuk Profile Perawat Isnad Tadawi (sila tekan sini).
Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi memperjuangkan dan mengamalkan Rawatan Berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan sentiasa berusaha untuk mengajak para orang ramai agar menjauhi kaedah-kaedah rawatan yang tidak mengikut syariah agar dapat mengelakkan daripada perbuatan syirik kepada Allah..
Rawatan dengan bacaan ayat Al-Quran bukan untuk mengatasi masalah gangguan sahaja. Dengan rahmat Allah dan hikmah Al-Quran, rawatan ruqyah adalah ikhtiar untuk merawat penyakit medikal juga. Kementerian Kesihatan Malaysia (melalui Akta 775) mendefinisikan kaedah Rawatan Islam sebagai rawatan komplimentari dalam merawat penyakit medikal. Rawatan komplimentari bermaksud Rawatan Islam bukanlah rawatan alternatif. Ini bermakna, kaedah rawatan ruqyah berjalan seiringan dengan kaedah rawatan alopati (medikal/sains) dan bukannya rawatan ruqyah menggantikan sepenuhnya rawatan alopati.
Sebenarnya ruqyah adalah kaedah berdoa memohon kepada Allah. Apabila Allah memakbulkan doa dan mengurniakan kesembuhan, kebiasaannya kesembuhan datang dengan asbab. Asbab ini biasanya datang daripada kaedah alopati iaitu dengan mengambil ubat-ubatan atau menjalani pembedahan atau terapi yang dijalankan oleh doktor perubatan.
Isnad bermaksud sanad, manakala di dalam bahasa melayu membawa maksud sandaran atau riwayat atau pengijazahan. Tadawi pula bermaksud rawatan. Oleh itu Isnad Tadawi bermaksud Sanad Rawatan ataupun Pengijazahan Rawatan. Ini bersesuaian dengan misi kami untuk menyampaikan ilmu rawatan Islam kepada semua yang memerlukannya, samada melalui sesi rawatan mahupun sesi pendidikan. Kami di sini tidak mempunyai apa-apa kelebihan, sekadar mempunyai sanad di dalam rawatan Islam. Kepada sesiapa yang teringin mempelajari ilmu ini, kami sentiasa bersedia berkongsi apa yang kami tahu dan memberi pengijazahan kepada mereka yang sudi menerima sanad daripada kami. Oleh itu kami turut mengadakan kursus, seminar atau pengajian rawatan islam.
Perkhidmatan rawatan Islam daripada Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi adalah suatu khidmat kemasyarakatan kami kepada ummah, oleh itu tidak ada caj rawatan atau sebarang paksaan untuk membeli mana-mana produk kami. Tugas kami hanya berikhtiar untuk merawat dengan meruqyah menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Kami tidak menjanjikan penyembuhan atau penyelesaian masalah kerana penyembuhan itu adalah hak Allah. Oleh itu kami tidak berani meminta sebarang bayaran. Namun sekiranya terdapat sumbangan ikhlas daripada pesakit, sebarang sumbangan akan digunakan untuk mengekalkan operasi kami dalam menjalankan usaha dakwah dan islah.
Perlu Bantuan?