Kursus Rawatan Islam Kaedah Ruqyah Syariah

Ruqyah Syariah merujuk kepada bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa masyhur daripada Rasulullah saw. Ianya BUKAN lah suatu ilmu peringkat tinggi yang khusus untuk dimiliki oleh golongan asatizah atau perawat sahaja.
Ruqyah Syariah perlu diamalkan oleh setiap golongan orang Islam bagi mencari rahmat Allah untuk melindungi dan merawat diri sendiri, keluarga serta insan lain, dengan izin Allah swt. Mereka yang mengalami masalah dan ujian berat di dalam kehidupan, sangat-sangat perlu untuk mempelajari ilmu Ruqyah Syariah. Allah menguji kita untuk menjemput kita dekat kepadaNya. Apabila kita menghadapi masalah dalam kehidupan, sebenarnya Allah ingin meningkatkan darjat kita di sisiNya. Maka untuk mencapai objektif Allah menguji kita, kita perlu meningkatkan ilmu serta amalan kita.
Sebelum mempelajari apa-apa ilmu, sebaiknya kenalilah dahulu latarbelakang tenaga pengajar. Maka jika ingin belajar kaedah Ruqyah Syariah di Isnad Tadawi, sila rujuk Profile Perawat Isnad Tadawi (sila tekan sini).
Perlu Bantuan?