http://isnadtadawi.com/wp-content/uploads/2012/01/icon1_hover.png

PUSAT RAWATAN ISLAM ISNAD TADAWI

Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi menyediakan rawatan Islam mengikut syariah berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

http://isnadtadawi.com/wp-content/uploads/2012/01/icon2_hover.png

EZLY BUSINESS SOLUTION

Menjana ummah melalui program pembangunan modal insan dan motivasi yang memfokus ke arah penghasilan insan muslim yang hebat di dunia dan akhirat

http://isnadtadawi.com/wp-content/uploads/2012/01/icon3_hover.png

HZ CREATIVE

Meningkatkan daya saing pelanggan melalui pakej pemasaran, pengiklanan dan pencetakan

Selamat datang ke laman web rasmi ISNAD TADAWI GROUP. Kami menyediakan perkhidmatan bagi membangunkan umat Islam khasnya di Malaysia dan usaha kami ini merangkumi pembangunan organisasi, perniagaan dan individu umat Islam. ISNAD TADAWI GROUP dianggotai oleh  Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi, EZLY Business Solution dan HZ Creative yang memfokus di dalam bidang kepakaran masing-masing.

 

Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi menyediakan rawatan Islam berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Walaupun Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi berpusat di Kajang, kami turut menyediakan rawatan Islam  kepada mereka yang berada di seluruh Malaysia, khasnya di sekitar Kuala Lumpur, Cheras, Bangi, Semenyih serta di Pahang dan Perak.

Pada masa yang sama, Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi turut menjalankan aktiviti latihan dan motivasi bagi membangunkan ummah. Untuk tujuan ini, Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi bergerak di atas nama EZLY Business Solution. Oleh itu sebenarnya, Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi dan EZLY Business Solution adalah merupakan sebuah entiti yang sama. Cuma EZLY Business Solution digunakan apabila memberikan perkhidmatan kepada umat Islam di kalangan jabatan dan agensi kerajaan, syarikat-syarikat korporat serta perniagaan kecil dan sederhana. EZLY Business Solution telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai penyedia program latihan dan motivasi.

HZ Creative turut membantu dalam menjana pembangunan organisasi dan perniagaan umat Islam dengan menawarkan perkhidmatan pemasaran, pengiklanan dan pencetakan. Dengan menggabungkan pelbagai media, termasuk media cetak dan internet, HZ Creative berupaya meningkatkan keuntungan dan daya saing perniagaan-perniagaan umat Islam khasnya.

Share

Waktu Solat

اثنين
29 Jamadil Akhir 1433
Now : Fajr (05:58)
Next : Sunrise (07:03)

Hadis Harian

Yahya related to me from Malik from Nafi that a man asked Abdullah ibn Umar, "Sometimes I pray in my house, and then catch the prayer with the imam. Should [+] [Malik 008:8.3.10]

Peta Pelawat IsnadTadawi

Counter Traffic

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 169
  • Last 7 days: 1,280
  • Last 30 days: 4,832
  • Online now: 1
Get plugin from http://wordpress-templates-free.com

SEO Powered By SEOPressor